6 Cabaran Ketika Hamil & Tips Untuk Atasinya





1. Berat Badan Berlebihan

Sewaktu hamil, mentaliti ibu hamil makan untuk 2 orang. Sebenarnya itu salah. Ketika hamil, berat badan kita akan bertambah seiring dengan perkembangan janin.  Apa yang ditakutkan ialah, berat badan naik secara mendadak dan ibu berisiko untuk mendapat diabetis semasa hamil (GDM). Secara umumnya, ibu hamil memerlukan tambahan 300 kalori sahaja setiap hari.

Apa yang terbaik ialah ibu perlu jaga pemakanan seharian. Makan secara sihat seperti amalkan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. pengambilan suplemen atau makanan tambahan seperti Protein dan Omega 3 juga membantu mengawal berat badan berlebihan.


2. Rambut Gugur

Jangan terkejut jika tiba-tiba rambut anda banyak yang gugur sepanjang kehamilan. Itu adalah perkara biasa apabila perubahan hormon berlaku. Pengambilan makanan sihat juga boleh membantu mengurangkan masalah ini. Ibu juga boleh mengambil vitamin seperti Vitamin B, Zink, Vitamin C, Protein dan Multivitamin untuk mengurangkan keguguran rambut. Tips yang seterusnya ialah lakukan urutan pada kulit kepala & pilih rangkaian syampu yang boleh mengurangkan keguguran rambut. Syampu yang mengandungi zink & vitamin b juga membantu mengatasi masalah rambut gugur.


3. Perubahan Emosi

Cepat marah,mudah menangis, sensitif, dan  tertekan, itu adalah perkara biasa yang menganggu ibu hamil. Perubahan emosi memang selalu menganggu ibu. Keadaan ini boleh menganggu perkembangan janin. Di sini, suami perlu memainkan peranan penting dengan luangkan masa dengan isteri yang sedang hamil. Ibu hamil boleh atasi emosi yang tidak terkawal dengan mendengar muzik, keluar dengan kawan-kawan, lakukan senaman dan yang penting dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Pengambilan Vitamin B juga boleh melegakan tekanan emosi & mengawal mood yang tidak baik. Ambil nutrisi yang sihat sepanjang kehamilan, elakkan makan makanan yang tidak sihat dan elakkan perkara yang negatif. Berehat secukupnya supaya badan kekal sihat dan emosi sentiasa stabil.

4. Jisim Tulang Berkurangan

Janin memerlukan lebih kalsium untuk pertumbuhan tulang, terutamanya apabila kandungan mencecah 3 bulan terakhir atau timester ketiga. Waktu ini bayi perlukan lebih nutrisi. Secara Umumny badan kita memang sudah ada kalsium, tapi apabila usia mencecah 30an, kalsium kita akan mula berkurangan. Jadi, sumber kalsium tambahan sangat-sangat diperlukan sama ada daripada makanan harian kita atau makanan tambahan yang kita amalkan.


5. Morning Sickness @ Alahan

Kebanyakan ibu hamil tidak akan lari daripada masalah alahan atau mabuk semasa hamil. Kebiasaanya alahan ini berlaku pada trimester pertama, iaitu 1 hingg 3 bulan usia kandungan. Malahan ada juga yang berterusan sehingga trimester ketiga.  Beberapa tips untuk atasi masalah ini ialah makan kerap tapi dalam jumlah sedikit, jangan biarkan perut masuk angin dan akan sebabkan gastrik @ pedih ulu hati.

Anda boleh cuba amalkan Chewable C Plus untuk kurangkan rasa loya. Rasa masam manis Chewable C Plus boleh gantikan asam & ianya sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jika anda kerap muntah, anda perlu ambil air yang mencukup untuk kekal hidrasi. Performance Drink juga boleh bantu kekalkan cecair dalam badan supaya tidak berlaku dehidrasi dan juga membekalkan tenaga untuk ibu. 

6. Kekejangan Kaki 

Apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, tidur si ibu akan kerap terganggu dek kaki kejang. Kekejangan kaki atau tarik mengkarung atau simpul biawak sangat sinonim dengan ibu hamil. Tiada ubat yang sesuai untuk atasinya kerana simptom ini adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium. Jadi pengambilan kalsium yang mencukupi beserta mineral lain seperti magnesium, vitamin D, dan sebagainya boleh mengurangkan kekejangan kaki.

Tips yang boleh saya kongsikan ialah alaskan kaki dengan bantal, selalu buat regangan kaki atau senaman, kerapkan berjalan. InshaAllah masalah kekejangan kaki akan berkurangan. Alternatif lain, ibu boleh mencuba tablet kalsium seperti Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zink, kuprum, mangan & boron.





I am Wan Zainab Bt Wan Muhammad
Your Shaklee Nutrition Consultant Since 2013 (889480)
Whatsapp : www.wasap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Comments