Cara Mudah Atasi Masalah Sembelit

Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu sukar membuang najis iaitu berlakunya pengosongan usus yang menyebabkan najis menjadi keras. Jika dibiarkan ianya akan menjadi lebih serius dan usus akan tersumbat. Sembelit juga boleh menyebabkan buasir. Sembelit berpunca daripada amalan pemakanan ,kurang pengambilan air , kesan sampingan ubat dan perubahan struktur tubuh.

Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit): 

🌻Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa 
🌻Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak 
🌻Terasa sakit ketika berak  
🌻Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing. 
🌻Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa. 
🌻Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.

Punca-punca umum sembelit meliputi:

1. Kurang pengambilan air
2. Kurang pengambilan serat Kurang aktif
3. Stres
4. Malas nak ke tandas
5. Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
6. Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).
 Beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk kurangkan masalah sembelit :

1. Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkan stress, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).

2. Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.

3. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari. Buah & sayur sangat tinggi dengan serat, jangan abaikan ya!

4. Jangan malas nak ke tandas! Jangan tahan berak okey!. Jika anda berada di tandas, jangan lama-lama pula, cukuplah 3-5 minit sahaja. Meneran boleh menyebabkan buasir.

5. Ambil ubat untuk mengatasi sembelit terutamanya yang mengandungi bahan-bahan seperti Senna Leaves yang boleh membantu masalah ini.

Herb Lax mengandungi Senna Leaves yang membantu melembutkan najis & pergerakan usus anda.

Comments